Wednesday 20 June 2012

Jenis-jenis batik

Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu.

Motif batik
1.Motif flora – bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lain- lain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung biasanya dijadikan motif pada kepala kain batik sarong
2.Motif fauna – burung,ayam, siput, kupu-kupu
3.Motif geometri – banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, pilin berganda ‘s’ dll
4.Motif benda – wau, wayang kulit dll
5.Motif abstrak
 

Isen
Motif pengisian yang melatari dan bertabur di sekeliling motif utama. Motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional ataiu sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak Contoh : ada-ada, antel. Poleng, galangan dll
 

Jenis-jenis Kain
Cotton, sutera, lawn, crepe satin, jacquard, rayon/ fuji
 

Jenis-jenis Batik 
1. Batik tulis / lukis/ conteng/ canting
2. Batik terap / blok /cap
3. Batik skrin
4. Batik pelangi ( tanpa penggunaan lilin)



Jualan batik terbaru secara online murah (klik disini)

No comments:

Post a Comment