Wednesday 20 June 2012

Maintaining Batik Fabric

For both batik tulis and batik cap, the following rules apply:
  1. Hand wash, or best just soak the cloth
  2. Use very little detergent, best to use lerak
  3. Hang the batik directly, do not squeeze the cloth
  4. Do not hang in direct sunlight
  5. The iron should not directly touch the cloth, best to use a steam iron
  6. Silk batik is best dry-cleaned
  7. Do not spray perfume onto the cloth directly

 Jualan batik terbaru secara online murah (klik disini)

Piawaian Bezakan Mutu Batik



12 Februari 2008 - Menterinya, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim ketika melancarkan piawaian batik di Pusat Inovasi Batik, Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan, baru-baru ini, berkata piawalan berkenaan dapat membantu batik Malaysia bersaing dengan negara pengeluar batik lain seperti China dan India yang sedang mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pengeluar batik.

"China akan mengeluarkan batik bernilai RM500 juta dan mereka sedang meniru batik kita. lni bermakna lima tahun dari sekarang, batik Malaysia bakal menerima persaingan dari China. Sekiranya kita tidak dapat bersaing secara global, sekurang­kurangnya kita dapat bersaing dari segi keunikan. lnilah penting piawaian yang dapat mengekalkan mutu batik kita dan membezakannya dengan batik lain: katanya.

 Promosi Batik Design Terkini Harga Murah (Klik Disini)

Katanya walaupun suatu ketika dulu, batik dikatakan berasal dari China atau Jawa, namun hakikatnya apa yang diketahui dl Paris, London, Singapura dan Brunei, batik adalah dari Malaysia, Justeru, kelebihan Ini harus digunakan pengusaha batik bagi menghasilkan batik yang mencerminkan imej negara.

"Kerjasama daripada pengusaha dan Kraftangan Malaysia amat pentlng dalam mewujudkan piawaian yang menentukan kualiti produk batik yang dihasilkan. Kualiti amat penting dan perlu dijaga. Jika tidak, masa depan batik akan berada di tangan orang lain," katanya.

Bagi mengangkat martabat batik dan membantu usahawannya, KeKKwa merangka program mempromosikan batik Malaysia ke kota berpengaruh dalam industri fesyen seperti London dan Paris sepanjang tahun ini. Antara sepuluh lokasi berkenaan adalah Spring Fair Birmingham, United Kingdom, Ambiente Frankfurt, Jerman, lnacraft Jakarta, Hong Kong Gift dan Premium Fair, Expo 2008, Sepanyol, Singapura, Fashion Buyers Show, Paris, International Autumn, Trade Fair, Dubai, Titian Budaya Malaysia-Singapura, Minggu Malaysia di Beijing, China dan Minggu Malaysia di London dan Paris.

 Promosi Batik Design Terkini Harga Murah (Klik Disini) 

"Kraftangan Malaysia juga sudah membuat perjanjian persahabatan dengan Presiden Sekolah Fesyen Paris, Olga Saurat bagi mempromosikan batik Malaysia di Paris. Justeru, pengusaha perlu mengemukakan produk terbaik dan bermutu tinggi bagi menaikkan butik mahupun batik mereka," katanya .

Piawalan batik dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia dengan kerjasama Sirim dan Kraftangan Malaysia bagi menggantikan MS 692: 1981 spesiflkasi untuk kraftangan batik (1981). Buat masa ini, agensi yang mengeluarkan pengesahan piawaian batik ialah Sirim. Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan sedang menguji peralatan makmal yang baru dibeli termasuk melatih anggota kerja bagi menjalankan ujian mutu di makmal piawaian. Aktiviti pengesahan piawaian ke atas batik pengusaha oleh Kraftangan Malaysia akan bermula pada April ini.

"Terdapat 13 proses ujian yang perlu dilalui sebelum mengesahkan kualiti batik berkenaan. Semua 13 proses ini harus diiktiraf kerana ia menentukan mutu batik. Ujian ini membabitkan teknik gosokkan dan basuhan bagi memastikan warnanya tahan lama. Kualiti yang tinggi menjadikan tekstil terus menyerlah dan mudah untuk dipasarkan ke luar negara," katanya.

Katanya batik adalah industrl yang sedang berkembang dan memberikan pendapatan kepada pengusaha. Pada 2007, nilai guna pakai batik di seIuruh negara adalah berjumlah RM96 juta dan dianggarkan RM124 juta pada tahun ini. Bagaimanapun, apa yang menjadi persoalan, berapakah yang dapat kembali ke dalam poket usahawan?

"Banyak langkah perlu diambil bagi memastikan industri inil terus berkembang dan usahawan dapat menikmati manfaat daripadanya. Piawaian adalah salah satu cara membantu meningkatkan mutu barangan dihasilkan. Apabila ini tercapai, pendapatan juga akan bertambah," katanya.

Selain ditemani isterinya, Datin Seri Masnah Rais, majlis berkenaan turut dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Drs Zainudin Awang Hamat, Speaker Dewan Undangan Negerl Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah, Ketua Setiausaha KEKKWA, Datuk Zaklah Ahmad dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk Abdullah Abd Rahman.

Sementara itu, sebahagian usahawan batik yang ditemui selepas majlis pelancaran, memberikan reaksi positif dengan pelancaran plawaian batik baru-baru ini. Timbalan Yang Dipertua Persatuan Batik Melayu Pantai Tlmur dan Pengerusl Koperasi Serbaguna Pembatik Kelantan Berhad, Kamaruzzaman Mohd Salleh, berkata piawaian bertujuan sebagai cara melindungi perusahaan batik sendiri bagi membezakan batik tiruan dengan batik tulen .

"Batik asli menggunakan proses lilin sebagai bahan penahan bagi mengasingkan warna Sebaliknya, batik tiruan dicetak. Selagi ia tidak menggunakan Iilln, ia dianggap tidak asli. Justeru, piawaian bagi membezakan batik bermutu dan asli amat sesuai diguna pakai pada masa ini," katanya.

Kamaruzzannan turut bersetuju dengan cadangan Dr Rais untuk mewujudkan stok penimbal kain putih bagi mengurangkan bebanan dari segi kos yang terpaksa ditanggung usahawan batik.

'Usaha yang sama pernah dilakukan Kraftangan Malaysia sebelum ini dengan mewujudkan Skim Bekalan Bahan Mentah. Usaha ini perlu dibangunkan semula bagi mengatasi masalah harga import barangan mentah yang tinggi seIain dapat mengawal harga stok penimbal juga mampu mengawal mutu bahan mentah yang dibekalkan," katanya.

Katanya, Kraftangan dan KEKKWA juga boleh membantu mempermudahkan usahawan mendapatkan sijil2E iaitu sijil cukai jualan dan tokoh (utama) yang dikeluarkan oleh kastam untuk membenarkan mereka menjual kain putih.
"Pembatik agak keberatan untuk mengambil sijil ini kerana prosesnya yang rumit dan diharapkan perbadanan boleh membantu usahawan menjual kain putih tanpa sijil ini.

Pihak koperasi juga tidak boleh menjual kain putih sewenang-wenangnya kecuali dengan sijil ini. Masalah ini perlu diatasi segera kerana setakat ini tidak ada usahawan tempatan yang keluarkan kain putih. Kita bimbang, lama kelamaan batik tiruan lebih digemari kerana harganya yang rendah. lni disebabkan kos yang tinggi untuk mengimport kain putih menjadikan batik asli lebih mahal harganya," katanya.

Pembatik Perlis yang juga pemilik Batik lnderawasih, Zarina Salleh, turut menyambut baik penggunaan piawaian batik bagi mengawal kualiti batik dlhasilkan.

Promosi Batik Design Terkini Harga Murah (Klik Disini) 

"Sebelum ini memang kita sentiasa menjaga mutu batik yang dihasilkan bagi memastikan pengguna berpuas hati dengannya. Antaranya dengan memastikan warna agar tidak mudah luntur melalui proses sehari untuk merendam. Setakat ini, batik kami belum mendapat sebarang aduan mengenal kualitinya," katanya.
Bagaimanapun katanya, piawaian yang ditetapkan oleh Kraftangan Malaysia menjamin batik lebih berkualiti dan berdaya saing. Penggunaannya juga diharapkan mampu membezakan antara batik asli dan tiruan yang semakin banyak di pasaran.

"Diharapkan dengan piawaian ini, masyarakat sebagai pengguna juga lebih bijak memilih yang terbaik. Warnanya tidak mudah pudar dan lebih tahan lama," katanya -Berita Harian

Promosi Batik Design Terkini Harga Murah (Klik Disini) 

Jenis-jenis batik

Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu.

Motif batik
1.Motif flora – bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lain- lain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung biasanya dijadikan motif pada kepala kain batik sarong
2.Motif fauna – burung,ayam, siput, kupu-kupu
3.Motif geometri – banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, pilin berganda ‘s’ dll
4.Motif benda – wau, wayang kulit dll
5.Motif abstrak
 

Isen
Motif pengisian yang melatari dan bertabur di sekeliling motif utama. Motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional ataiu sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak Contoh : ada-ada, antel. Poleng, galangan dll
 

Jenis-jenis Kain
Cotton, sutera, lawn, crepe satin, jacquard, rayon/ fuji
 

Jenis-jenis Batik 
1. Batik tulis / lukis/ conteng/ canting
2. Batik terap / blok /cap
3. Batik skrin
4. Batik pelangi ( tanpa penggunaan lilin)



Jualan batik terbaru secara online murah (klik disini)